# Jiwa yang tersihir #

Friday, 10 August 2012

+ Jalan-Jalan Cari Angsa ;p +


hush ! apakah ?
adakah saya telah berhenti belajar dan bekerja sebagai tukang jaga angsa?
atau angsa saya hilang?
atau saya cari angsa sebagai juadah berbuka puasa ?
 oh, semestinya tidak !

entry kali ini, saya mahu kisahkan tentang kami 
^_^


ok, sila buat-buat tak nampak 'abang kacak' kat belakang tu
tuan-tuan dan puan-puan
saya perkenalkan disebelah kiri ayu bertudung labuh 
adalah kak Jamilah @ Ila Husna
jangan buat-buat tak  kenal ok !
beliaulah yang tulis novel  FRIENDS FOREVER 


saya memang berhajat nak bikin novel macam kak Jamilah
tapi, memerlukan komitmen yang tinggi oh !
saya akan cuba ! ( semangat oi ! kau ada ? )

terima kasih kak Jamilah atas nasihatnya :')


sebenarnya kami memang dah rancang lama nak jumpa
tapi masing - masing sibuk yang amat
mengalahkan cik Jenah yang berniaga kuih kuaci dekat bazar

Yang disebelah kanan saya 
itulah bintang saya , muehehehe
kak su  !
cerpenis terhebat abad ini !
belah hati saya
Dialah Tabrizi, sementara saya adalah Ruminya
Dialah tempat saya tumpahkan kesedihan juga kebahagiaan
<3
sesiapa menyakitinya, sama seperti dia menyakiti saya.
Juga
sesiapa yang bikin dia sentosa, maka saya turut merasainya



Hajatnya nak temankan kak Su yang teruja nak cari buku sahabat tulip kami
Tuah Sujana- Cinta Senafas Angsa


orang kata, siapa beli buku ni akan dapat angsa percuma dalam mimpi 

kemudian, kami pun naik KTM pergi Mid yang gedabak besar
jalan-jalan tengok buku
nak makan, puasa
nak shopping, ongkos tiada
ingatkan adalah tersesat buku Cikgu Tuah,
tapi, nasib tak menyebelahi kami.
 buku sastera sangat eksklusif 
maka bukan sebarangan tempat anda boleh menemuinya 
lain kali kita cari  dekat ITBM pula 
jangan kecewa ya ! ( cakap untuk diri sendiri - juga buat  Kak Su, dan kak Jamilah )




sesi bergambar ala-ala artis menang 
" Anugerah Artis Paling Popular"

Hari yang indah 
terima kasih Kak su dan kak Jamilah
moga saya bisa jadi seperti kalian suatu saat nanti
yang sama-sama memikul lara
sama-sama mengenal bahagia
walaupun mungkin saja
perjuangan kita bukanlah 
sebuah kisah yang indah tanpa gundah

kak,
Jika harus menjadi benih dahulu
maka saya harus begitu
bila sampai waktu 
saya akan menjadi pohon
yang saling meneduhkan ...


5 comments:

Nur Suhada ✿ said...

Wafa, kak su suka kata-kata ini - "Sesiapa yang menyakitinya sama seperti dia menyakiti saya. Sesiapa yang bikin dia sentosa, maka saya turut merasainya."

Seperti Rumi dan Tabrizi.

Terima kasih atas cinta ini. Persahabatan dan kenangan. Juga pertemuan yang amat terindah.

Semoga wafa terus maju jaya. Jangan pernah putus asa. Wafa juga satu ketika nanti akan menjadi seperti pohon yang rendang dan meneduhkan.

p/s : lepas ni nak jumpa kat mana? heheh ^^

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, Wafa.

terima kasih coretkan kenangan pertemuan itu di sini.melengkapkan catatan pertemuan trio dara. + kak Habibah.

hm, mahu tahu satu kisah tambahan semasa di MPH?

akak ke kaunter tanyakan "cinta senafas angsa" ada?

jejaka di kaunter itu seakan terkejut? Angsa? Adakah cinta angsa. Salah tajuk kot ...

dan akak menahan ketawa.

malangnya buku itu tiada..

=) cerpen cinta senafas angsa ini dipuji editor TC semasa akak MPR 2007 yang lalu.

;0

p/s: tahniah puisi di TC. Akak cemburu. Okey! Terus menulis dan menukang idea yang luar biasa...

sekian, cakap-cakap manusia bernama Ila Husna. =)

Jamilah Mohd Norddin said...
This comment has been removed by the author.
Aliff Haikal said...

InsyaAllah wafa , suatu hari nanti . :)

... Wafa Awla ... said...

kak su - terima kasih kembali

kak jamilah - cakaplah akak bercinta dengan angsa :3

aliff - terima kasih :)