# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 3 June 2012

+ Terima Kasih, Kekasih +

 
 
 


kepada Kekasih,

Tak terluah olehku untuk menggambarkan rasa terima kasih ini.
pertama sekali,
aku sedar bahawa aku bukan sesiapa 
waktu zaman sekolah dulu 
aku bukan daripada kalangan budak pandai
cuma aku buat mana yang terdaya.
dan kau beri aku keputusan sedemikian rupa
dan aku terima seadanya.

Kekasih,
sungguh aku tidak sedar pun bahawa aku punya bakat untuk menarikan pena
kau bukakan jalan
dan aku menelusurinya
kau carikkan teman
agar aku tak sendirian
 
terima kasih,
kerana menemukan aku dengan orang-orang yang baik
sentiasa ada kala aku memerlukan
yang menghulurkan tangan saat aku terjatuh
yang membisik yakin saat aku keliru
Kekasih, kau berlembutlah dengan mereka, kau peliharalah mereka.
 
ini, takah yang seterusnya untuk aku teruskan perjalanan ini.
Jadikanlah aku terdidik dengan cinta Mu di sini.
ini adalah pemberianMu dan aku terima dengan hati terbuka
atau mungkin ujian kesenangan buat aku.
jadikanlah aku seorang pecinta yang tahu makna syukur
seorang pecinta yang tahu erti kasih sayang
seorang pecinta yang punya sifat penghuni syurga
 
Kekasih, 
jangan biar aku lalai dengan segala nikmatMu
 
Kekasih,
mohon kau limpahkanlah kebaikan kepada mereka yang berbuat baik padaku

Kekasih,
ajarkan aku makna ikhlas yang sesungguhnya ...

TERIMA KASIH, KEKASIH.

2 comments:

Snow Queen said...

kekasihmu akan sentiasa menjagamu, membawa sinar bahagia kpd kekasihnya..

... Wafa Awla ... said...

terima kasih :D