# Jiwa yang tersihir #

Friday, 1 June 2012

+ Merempit ke Syurga Cinta +

 
ya, ya, ya,
bertenang ya Tuan Puan sekalian.
memang agak pelik bunyi tajuk post kali ini.
 
Adakah saya telah berjumpa Doraemon dan meminta agak beliau memberi saya mesin masa untuk pergi balik pengambaraan filem Syurga Cinta berkurun lepas ?
oh sememangnya tidak (sambil geleng kepala )
 
tiba-tiba nampak Abang Anip post entry fasal jalan-jalan
Jadi, saya pun nak buat macam tu juga la
(terpengaruh ..muehehe )

 Iya, kami berlima yang terdiri daripada gengster kampung pisang terhangat di pasaran 
 
syamil dengan trademark 'nanti kita bincang'
Fathul dengan trademark  (er..kurang pasti .. apa trademark Jawa seorang ni )
Abang Anip dengan trademark ' so sweet @ manisnya '
dan kak Mas si jururawat ayu abad ini dengan trademark (yang ini pun tak pasti apa trademark dia )

terpaksa mengaku bahawa inilah kali pertama wafa awla menjejakkan kaki ke PWTC untuk PBAKL 
(sambil tutup muka dengan buku ..mueheheh )
walaupun Ane kata 
"kita kalau pertama kali pergi, jangan mengaku dekat orang lain yang kita tak pernah pergi"
motif? 
entah  = ,='
 
"EH, PBAKL tu bukan dah berkurun ke ? baru nak update sekarang ? "
 maaf ya tuan puan sekalian. 
 
Saya katakan Syurga Cinta itu sebab itu adalah tempat yang macam syurga untuk para penggemar buku macam mereka yang macam kami ni ... ( saya terperasan jadi ulat buku )

hem, sebagai orang baru dalam bidang ini,
saya borong buku berbekalkan duit gaji jadi cikgu dulu 
antaranya yang pernah menang HSKU
mereka jual 3 ringgit , 5 ringgit .
memang terbaik. 
Yang paling teruja adalah, saya dapat rembat buku 
kumpulan puisi Aksara Usia dan pengalaman puisi 
tulisan sasterawan kecintaan saya Muhammad Haji Salleh
 
buku tu memang tinggal satu saja di rak DBP . Alhamdulillah :)

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/560724_435545876457368_740420156_n.jpg


kami jumpa Pak Habib dengan Kak Ummu
tiba-tiba kak Ummu cakap macam ni.
" Inilah penulis muda Malaysia" sambil menunjuk ke arah kami berlima.
waktu tu saya rasa macam ... hush, saya bukan sesiapa   :O

sempat jumpa Kak Ecah si solehah ayu dan Kak Su bintang kecintaanku.
 
sempat tengok Pak Agi dan Ramli Sarip sekali .. wowowowo :D
 

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/524404_435547189790570_100000058777651_1778144_1382522020_n.jpg 
 

lepas tu kami melantak nasi ayam puas-puas
konklusinya 
kami memang sekepala !

terima kasih :D

2 comments:

Nur Suhada ✿ said...

Masih teringat lagi bertemu dengan kalian; mengelus pipi wafa, berbual dengan Fathul, Kak Mas memperkenalkan diri, dan Abang Anip serta Syamil hanya memandang sambil tersenyum.

Moga nanti ada pertemuan lagi, bintang kecintaanku. :)

... Wafa Awla ... said...

kak su - rindu kak su. Pertemuan yang indah :)