# Jiwa yang tersihir #

Saturday, 16 June 2012

+ sudah tiba cinta yang baru ( part 1 ) +

 
meskipun pada awalnya saya agak tidak yakin
juga agak tidak bersemangat nak jejakkan kaki di universiti 
 
 


 
mana taknya, fikir fasal ujian APT, EPT bagai... huhu

kami semua ( pelajar tahun 1 asasi UIA ) akan menduduki ujian APT ( arab)
dan EPT ( english ) untuk tetapkan berapa tempoh pengajian kami.
Ah, tak kisahlah hang ada asas Arab ke tak 
Hang pakar English ke tak.
semua wajib ambil. Kecuali atas beberapa alasan yang ditetapkan. 

Tapi, soalan dia memang boleh menyebabkan ibu mengandung keguguran 
susah wei ! susah tau ! susah ! 
 
 



 



maka bermulalah fasa buka buku setelah beberapa bulan otak berkarat .
maka kepada pembaca,
janganlah dah 'last minute ' baru nak belajar.
haih, parah mu nanti

malam sebelum saya ujian tu
macam-macam hal la pula jadi
dengan gabra tak tahu nak baca apa
ingat nak telefon Kak Eja tanya sikit macam mana cara jawab
nak telefon Ena bincang fasal Arab
Tapi, 'plug'  dalam bilik tu selalu pula rosak
telefon comel saya kehabisan bateri ..sob ... sob 
kawan sebilik sangat khusyuk belajar !

secara jujurnya, memang EPT susah 
apatah lagi APT
sangat tidak tahu nak jawab soalan dia.
diiringi bilik ujian yang sangat sejuk mengalahkan kutub utara
lantaran menggigil kesejukkan, maka tak hairanlah kalau tulisan macam #$#@%$^  hehe
 
lepas tu ada ujian tilawah. Yang semak bacaan saya tu ustaz luar negara. Baca satu ayat kemudian dia kata 
 
" holas "
 
saya memang tak berharap apa-apa
kalau dua tahun pun ok la 
saya memang tak reti nak jawab
saya target dalam level 2 macam tu la untuk EPT
walaupun saya tahu
 tak pernah dalam sejarah belakangan ni ada budak ujian EPT dapat bawah daripada level 3
 Tapi .....  hem,
ujian Arab memang buat terbaiklah.
Tinggal saya seorang saja yang masih setia menulis sampailah ke minit terakhir
yang lainnya pakat angkat tangan dan keluar daripada bilik LY 007






bila keluar result, 
kami pun malas nak tengok.
Sebab masing-masing macam dah pasrah .
kami pergi dalam tengahari .
lepas tu ... 

Aiseh, APT  level 1
hampeh, 
macam budak tak pernah belajar Arab !
rasa nak guling-guling sambil jerit 

" OH NO ! NO ! NO !"

nasib baik saya akal saya masih berfungsi dengan jayanya.
kemudian, saya sambung semak untuk EPT
apa ? level 6 ?
biar betul ?

ye le, nak examted tu memang tak terdayalah saya
memang agak sukar dipercaya
saya syak mesin yang semak jawapan kami ni rosaklah

kami semak berkali-kali.
------>    EPT level 6. Alhamdulillah.

insyaAllah, kalau tak ada apa-apa masalah
saya boleh habiskan masa muda di CFS dalam setahun setengah dan study circle
itupun, dah sangat bersyukur ! yeah !

kesimpulannya, 

jangan belajar last minute ~ lalalala

CFS, CINTA YANG BARU :)

3 comments:

Syuhada Amira said...

gempaklah kak wafa... tak cite pown dah masok uia!!!!

syahnaz said...

follow.. salam perkenalan.
http://kliktekan.blogspot.com/

... Wafa Awla ... said...

syuhada - hai, kejutan gitu ~

syahnaz - terima kasih. Salam kenal juga