# Jiwa yang tersihir #

Thursday 24 May 2012

Tak payah dengar, bukan mereka yang bagi kita makan pun !

 

Pernah tak awak hadapi satu situasi ...
awak buat suatu perkara dan ada orang tak suka?
lepas tu awak ubah cara lain, tetap juga ada yang mengata awak
semua yang awak buat serba tak kena

buat ini orang mengata
buat itu pun orang mengata.
 
 Kawan,
memang dalam dunia ini
tak semua orang faham kita
tak semua orang akan setuju dengan pandangan kita

Iya, memang kita akan sedih dengan semua itu
kadangkala semangat kita pun boleh terbunuh.
Tapi, percayalah
kalau kita yakin yang kita buat adalah perkara yang betul
pedulikan cakap-cakap orang
bukan mereka pun yang bagi kita makan.
 
Tabahlah ,
saya percaya akan ada sinar bahagia yang akan menyapa hidup awak kelak
cuma pesan saya
janganlah kita bergantung kepada manusia
kerana tidak akan kekal pun.
Bergantunglah kita kepada Allah
Dia tidak pernah meninggalkan kita.


kawan,
jemari takdir itu tidak pernah mematahkan dan menyisih
malah mendakap kita dengan kasih

4 comments:

iEdA said...

yakin dgn apa yg kita buat...insyaAllah

Unknown said...

mulut orang tak pernah senyap..huhu

RaksasaBaik said...

Betul2.. jgn hidup d bawah pandangan negative org.. hohooh

Wafa Awla said...

Ieda , Teto, Myself -

Iya, kita yakin saja ! yeah ! :D terima kasih :D