# Jiwa yang tersihir #

Friday 25 May 2012

+ Lagi baik kita merangkak +

 
terkapar-kapar ku kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa ...

lalala ~ 
eh, inilah padahnya kalau main sambung-sambung lagu dengan Kak Eja
asyik nak nyanyi saja ... hehehe
 
 

secara jujurnya,
 pernah tak kalian  hadapi satu situasi  
macam ini  :
 
"Alahai, kau hebat bolehlah. Aku biasa-biasa je"
"untunglah kau, semua orang tabik dekat kau. Aku ni apa yang ada ? Hampeh ! "
" Aku sedar siapa aku, aku ni setakat tong sampah dekat hati kau ... sob ..sob "
 
 pernah tak rasa ? 
kalau pernah sila angkat kaki.
bagus = , =
 
 
Hem, iya sangatlah tipu kalau kita tak pernah rasa rendah diri yang teramat.
 Adakala kita rasa macam 
"huhu, tak nak hidup la ! "

hehe, biasalah tu
lumrah hidup mesti kita akan rasa macam tu .
Tapikan kawan ,
itu tidak bermakna kita kena duduk diam
tengok je orang lain lagi hebat daripada kita
tengok je orang hina kita
tengok je orang pandang sebelah mata dekat kita

tak apa, kita usaha perlahan-lahan.
Memanglah awal-awal rasa diri kita tak berguna 
Tapi berkat kita usaha macam-macam tu mana tahu akan menjadi 
Tuhan pandang tau usaha kita.
 
Ha ! waktu kita dah berjaya nanti,
barulah terdiam mulut orang yang dok mengata kita tak hebat tu.
semua orang ada kuasa untuk berubah ! yeah !
 
Tapikan, itu tak bermakna saya ajar kalian
untuk buat sesuatu sebab nama , sebab nak orang pandang kita
kita perlu belajar makna ikhlas.
 
Adalah sangat baik jika kita seorang yang hebat dan tidak sombong
malah kita bantu pula mereka yang lemah.
Lagi cemerlang kalau kita tolong pula orang yang mengumpat kita macam-macam tu
bukankah kita akan dipandang mulia oleh Allah dan manusia ?
 
Ayuh, sama-sama kita jadi lebih baik. 
kita mula perlahan-perlahan dulu tapi tekal !
 Lagi baik kita merangkak dan sampai
daripada berlari semput dan terhenti di tengah jalan .

ok, wasalam
 


3 comments:

Aliff Haikal said...

selalu macam tu . Tapi bila fikir balik ' kenapa dia boleh sedangkan aku takboleh ?' so motivasi kan diri :)

RIZZNA said...

Jom dengar lg sudirman kt blog CiM.
Tribute to sudirman live acoustic

Wafa Awla said...

Aliff- yup, :)

cinta mesteri - suka sudirman juga ? hoore hoore