# Jiwa yang tersihir #

Friday 13 April 2012

Jalan Kita Berlainan, Kawan



Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru

Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu

T.Alias Talib


-------------------------------------------------------------------------------

Tahniah kepada kamu, kawan 
mana-mana rezeki yang Tuhan bukakan untuk kamu
garaplah, hargailah

saya mengerti kamu punya hak untuk meluahkan apa saja
dan saya faham semua itu kawan ^_^
saya tiada masalah pun dengannya
saya turut bangga bagi pihak kamu

Namun syaitan itu ada saja strateginya
dibisiknya kata yang bukan-bukan
sehingga saya berfikir perkara yang tidak patut

kawan,
rezeki saya tidak seperti kamu
jalan kita berlainan
mungkin ada di lain ketika
saya yakin itu
usah pedulikan saya, kawan
kerana saya lebih pedulikan kamu daripada diri saya sendiri ^_^






                             "
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

sudah saatnya untuk saya belajar erti sebenarmakna SYUKUR...

3 comments:

afifah0hsem said...

jalan kita masih pjg . tabah wafa , cekal . banyak-banyak doa . rezeki Allah tu luas , dan innallaha maa'na . be strong, keep strong . jgn tewas hanya pada ujian yg sedikit . i know you can do it, ganbatte ! :)

Wafa Awla said...

Pipo ! tu la, aku tengah tabah ni :) ada la tu rezeki aku kat mana-mana. Tahniah tau ! aku bangga la dengan kau . Semoga bahagia menempuhi hari-hari, syahdukan? ekekeke ;p
Terima kasih kawan :D

Aliff Haikal said...

wafa , rezeki manusia lain-lain . tapi ada yang mungkin rezeki yang sama tapi berlainan cara . apa2 pun bersyukur dengan rezeki yang Tuhan beri :)