# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 11 April 2012

+Amaran Tsunami Dikeluarkan ( 11 April 2012) +


punyalah senang hati di hari cuti ni  (eh, bukan setiap hari wafa cuti ke? ngeh3)
bila buka laman burung biru berkicau
terus orang kecoh-kecoh fasal gempar bumi
ada sesiapa yang rasa gegaran tu?
saya tak rasa gegar pun, Alhamdulillah

Tapi atuk saya muka macam Aaron Aziz yang seorang ni rasa gegaran tu
kalau tak percaya boleh tanya atuk wafa ni , kan atuk haikal? ngeh3




untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian
Pihak Indonesia telah keluarkan amaran Tsunami setelah berlakunya gegaran
di wilayah Acheh
pada ukuran 8.9 yang turut dirasai kepada mereka yang duduk
di sekitar Lembah Klang, Selangor , KL , dan utara semenanjung Malaysia

jadi,
buat masa ni,
janganlah turun ke pandai
dan bermandi manda dengan jaya dan seronoknya.
Ombak Tsunami dijangka melanda di Georgetown pada 9.11pm
dan Port dickson pada 2.10am
SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU

harapnya tiada apalah yang berlaku, insyaAllah. Amin

saya teringat kata-kata seorang senior saya
"Tahu tak kenapa Tuhan masih bangunkan kita sampai hari ini? "
kami semua diam. Tidak tahu jawapannya. Kalau ada yang jawab pun belum tentu tepat

"sebab Tuhan mahu beri kita peluang bertaubat"


 pembaca sekalian, jaga diri tau ! 
wasalam.


#sumber: muka buku


3 comments:

susulemakmanis said...

takutnyer..mtak2 xde ape2 bencana lg..ya allah,selamtkan kami semua..

Aliff Haikal said...

muka mcm aaron aziz ? banyaklah wafa . haha

semoga Allah melindungi kita amin :) waaaaa ini betul2 buat entry . terbaik!

Wafa Awla said...

amin, dengarnya amaran Tsunami dah ditarik balik, Alhamdulillah :D
tapi Amaran kiamat sentiasa berpanjangan