# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 26 April 2012

+ Ada kepada tiada. +


Dan kerana santunnya waktu
melorongku kearah sesuatu
menghiraukan cara malam menjelingku
pergi
sendiri...






sepanjang kita hidup, umur kita sampai hari ni
saya baru tahu pagi ni fasal ini
proses di hari pembalasan
proses di padang terbuka
tempat para mukmin mendapat nikmat
tempat para insan mendapat balasan

selalu dengar orang sebut
" Akhirat tu kekal, dunia itu yang fana."

Tapi, tak pernah nak tahu beberapa checkpoint
katakanlah kita lepas semua perhentian ini
sampai titian Sirat, kita terjatuh.
Maka Nerakalah jawabnya...


-------------------------------------

kata seorang rakan 
"Tidak wajar untuk takut soal Neraka, pembalasan
Tapi takutlah kepada pencipta Syurga dan Neraka
Yang menciptakan sesuatu daripada ada kepada tiada
iaitu
Allah.

Takut Allah dan Takut kepada azab Allah itu berbeza.



-----------------------------------------

cintailah Allah, maka Dia akan mencintaimu
Rindulah Allah, nescaya Dia akan merindumu
Serulah Allah dalam segenap rongga jiwamu, nescaya Dia akan memandangmu

Kau berjalan kearah Nya, Dia berlari kearahmu

kau sayangNya beribu, Dia mencintau kau lebih daripada itu.
seperti Rabiatul Adawiyah yang terlalu mencintai Allah.
Dan dirakam lewat bait puisinya .


Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
ketika Kekasih bersamaku
cintaNya padaku tak pernah berbahagi
dan dengan benda yang sana selalu mengujiku
bilakah dapat kurenungi keindahanNya?

Dia akan menjadi mihrabku
dan arahnya menjadi kiblatku
bila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskan
akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini
oh penawar jiwaku, hatiku
adalah santapan yang tersaji bagi mahuNya
barulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMu
oh sukacita dan nyawaku moga kekal lah
dan diriMu juga berahiku berasal
dari semua benda fana di dunia ini
diriku telah tercerai
hasratku adalah bersatu denganMu
melabuhkan rindu

~Rabiatul Adawiyah

2 comments:

Deela said...

pernah jugak baca pasal bende nih tp lama dah time sekolah mnngah dulu. hee:) menakutkan jugak sbb mesti terfikir pasal kematian yg tak tahu bila tp pasti akan dtg tuh.

Aliff Haikal said...

Allahuakbar ! :"(