+ Ada kepada tiada. +
Dan kerana santunnya waktumelorongku kearah sesuatumenghiraukan cara malam menjelingkupergisendiri...
sepanjang kita hidup, umur kita sampai hari nisaya baru tahu pagi ni fasal iniproses di hari pembalasanproses di padang terbukatempat para mukmin mendapat nikmattempat para insan mendapat balasan
selalu dengar orang sebut" Akhirat tu kekal, dunia itu yang fana."
Tapi, tak pernah nak tahu beberapa checkpointkatakanlah kita lepas semua perhentian inisampai titian Sirat, kita terjatuh.Maka Nerakalah jawabnya...
-------------------------------------
kata seorang rakan "Tidak wajar untuk takut soal Neraka, pembalasanTapi takutlah kepada pencipta Syurga dan NerakaYang menciptakan sesuatu daripada ada kepada tiadaiaituAllah.
Takut Allah dan Takut kepada azab Allah itu berbeza.
-----------------------------------------
cintailah Allah, maka Dia akan mencintaimuRindulah Allah, nescaya Dia akan merindumuSerulah Allah dalam segenap rongga jiwamu, nescaya Dia akan memandangmu
Kau berjalan kearah Nya, Dia berlari kearahmu
kau sayangNya beribu, Dia mencintau kau lebih daripada itu.seperti Rabiatul Adawiyah yang terlalu mencintai Allah.Dan dirakam lewat bait puisinya .
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
ketika Kekasih bersamaku
cintaNya padaku tak pernah berbahagi
dan dengan benda yang sana selalu mengujiku
bilakah dapat kurenungi keindahanNya?
Dia akan menjadi mihrabku
dan arahnya menjadi kiblatku
bila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskan
akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini
oh penawar jiwaku, hatiku
adalah santapan yang tersaji bagi mahuNya
barulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMu
oh sukacita dan nyawaku moga kekal lah
dan diriMu juga berahiku berasal
dari semua benda fana di dunia ini
diriku telah tercerai
hasratku adalah bersatu denganMu
melabuhkan rindu
~Rabiatul Adawiyah
2 comments:
pernah jugak baca pasal bende nih tp lama dah time sekolah mnngah dulu. hee:) menakutkan jugak sbb mesti terfikir pasal kematian yg tak tahu bila tp pasti akan dtg tuh.
Allahuakbar ! :"(
Post a Comment