# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 6 March 2012

Contest Aku Suka Makan Coklat !!


hehe...cuba  tengok tajuk entry sekali lagi !
ya ! memang amat bertepatan dan sepadan la dengan diriku ini ewah !
jangan tak tahu ...
wafa amat suka COKLAT dan Belacan
kepada sesiapa yang sama spesis dengan wafa tu, 
JOM ! kita join :) kalau awak menang, kasi Wafa sikit ok! ngeh 3...
*
*
*

nak join ? gigit sini !



ok , mari sini semua !
dengar cerita bagaimana kisahnya wafa jatuh cinta dengan coklat :p
jeng...jeng...jeng

Waktu wafa kecil  comel dulu-----> (comel la sangat ..mwahahaha)
memang la tersangat nakal
kebetulan waktu tu, ada satu je kedai runcit dekat kampung tu
lepas habis main kejar-kejar, konda kondi dan sebagainya
wafa dengan kawan-kawan akan pergi kedai tu
kami panggil Kedai Wahab
*
*
*
Di sanalah permualaannya cinta pertama Wafa dengan para coklat sekalian :)
biasanya kami akan beli ais krim pop atau gula-gula HACKS je
ala...biasalah, zaman umur 6 hingga 8 tahun 
tiba-tiba satu hari tu, cik Wahab tu perkenalkan menu terbaru

TADA ~  COKLAT !

"Asyik beli yang sama je...bila nak cuba yang lain" Cik Wahab
sambil dia menyuakan coklat kepada kami
lebih kurang macam ni la bentuk dia


satu...seposen :) kami panggil nama  COKLET PAYUNG !
*hush ! nasib baik tak hujan bila makan ...ngeh3
bila saat pertama rasa coklat itu mencair di mulut 
YA ITU DIA ! jatuh cinta terus !...dasyat betul penangan coklat !
*
*
*
lantaran makin banyak coklat dijual kat kedai Cik Wahab tu,
macam-macam la yang kami dah rasa
kena kumpul duit dulu kalau nak beli... kalau asyik nak minta mak ! alamatnya kena pelangkung la ...hahaha
lepas Cik Wahab tu meninggal waktu Wafa darjah 5,sejak tu dah jarang la pergi sana...
lagipun, ayah dah ada kereta, jadi bolehlah menjoli cokelat dekat pekan !
*
*
*
kawan-kawan dengan  sedara mara, keluarga
memang akan beri coklat je la
ye la, sebab selain tu tak ada sesiapa nak bagi
Pakwe? hehe... maaf la wafa tak minat la bercouple ni ...tunggu lepas kahwin la
kalau tiba waktu hari jadi ! setiap tahun memang dah tau hadiahnya apa
"HAPPY BIRTHDAY WAFA ! NAH HADIAH "
"Ni mesti cokletkan?"
"Eh? mana kau tau ni? baru nak kasi kejutan ..." ------>   =,='
*
*
*
konklusinya-----> wafa memang dibesarkan dengan coklat !
kalau singgah mana-mana pon , mesti cari coklat ! tak kisahlah jenis apa pun...asalkan HALAL

"wei ! tak takut gemuk ke?"--------> koko tak menggemukkanlah sayang :)
"Ish! bahayalah....kencing manis tau tak ! "-------> lepas habis melantak coklat, wafa akan minum banyak gila air putih
"Membazir ! apa faedahnya coklat! baik belajar !"-------> coklat dapat hilangkan tekanan waktu belajar  
"Umur aku dah 28 tahun ni, lainlah kau baru 18... bolehlah melantak sesedap hati "------>coklat ada antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan wajah :)

lidah Wafa ni dah merasa berjuta jenis coklat tau !...*erk...ok tipu, beratus je...hehehe
jadi, ChocoSweeties, kalau nak kepastian coklat anda benar-banar mantap! cepat bagi Wafa !
ngeh3....

ajak kawan yang lain makan coklat juga ---->

http://www.fadzmiemohamad.com/
http://www.zhafirahyazit.blogspot.com/
http://officialpunye.blogspot.com/
ok ! tata

1 comment:

hidayah said...

wah..entry inspired nih..
macam nak buat jugak la cerita pasal coklat..
heheh..