# Jiwa yang tersihir #

Saturday, 31 March 2012

Cepen Di Langit Hati Kini Di Media :)



“Langit itu lazuardi kalau bahagia . Merah melamar senja dan langking  bila  menurunkan air mata .”  Aku tercari maknanya sendiri . 

sebelum ini
saya sangat tidak kisah sekiranya karya  saya tersiar atau tidak
saya malas mahu ambil tahu

lantaran kesedaran bahawa saya mahu jadi serius dalam bidang ini,
saya mulai ambil tahu :) ini juga  sebagai kenangan jatuh bangun saya dalam bidang ini...

Saya selalu ingat kata-kata mereka yang mengajar saya tentang dunia penulisan
bahawa  setiap penulisan ada  proses untuk sampai kepada kematangannya


Saya sedar bahawa cerpen ini tidaklah begitu mantap
Maka, saya ingatkan diri saya untuk lebih kental dan gandakan usaha 
untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik 









jalan cerita ini biasa-biasa saja
ceritanya pun masih banyak cacat celanya
Ada juga beberapa bahagian yang tidak releven langsung
dan saya akui kelemahan itu

Fragmen terpilih :

“ Andai suatu hari nanti , kau tak ketemu Pelangi disisi . Usah menyalahkan takdir . Ketahuilah bahawa pelangi sentiasa dekat dengan langit  dalam hatimu .” Cuma itu pesannya kepada aku sambil mengusap mulus tanganku .
“Apa akan terjadi kepada langit bila menurunkan air mata ?” Soalku

“ Langit akan dipujuk aku” Ujar Pelangi .      



saya harus lebih berhati-hati dalam menulis sesuatu selepas ini
sememangnya 
saya juga masih bayi yang sentiasa merengek mahukan susu  (inilah bayangan yang diberikan daripada seorang rakan penulis kepada saya)


Saya sangat berharap 
bahawa saya tidak menghampakan sesiapa yang pernah mengajar saya sebelum ini
Jadi, saya harus kuat berusaha :)
terima kasih kepada mereka yang sentiasa berikan sokongan kepada saya

saya sayang awak semua ...*segan pula tiba-tiba
hehehe

1 comment:

are_lin@yu said...

pandainya..ayu teringin nak menulis tapi tak da asas..;-)