# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 25 March 2012

Saya ada seorang kawan , dia sangat gila :p




 

Kehadapan sahabatku,

Pertemuan kita adalah rencana daripada Allah, buat hambanya
saya percaya semua itu indah dan baik belaka
sebagaimana kita boleh mengecap kemanisan ukhuwah
menyeka air mata gundah ...







Meski awak berfikir bukan-bukan megenai saya
menyangka yang jelik tentang saya
saya tidak pernah marah kerananya....
cuma hati-hati sahabatku
kerna itu semua bisik nafsu
Hasutan syaitan 
takut-takut kamu bisa binasa kerananya


Sungguh, saya tidak pernah berasa jenuh
dan tak akan jenuh pun
untuk mengakui keberadaan awak sebagai sahabat saya
meski berkali saya terluka kerananya
sebagaimana awak,
yang berjuta kali kecewa kerana saya ....  dan saya akui itu


 
saya tidak sesempurna mana,
ada cela dan silapnya
namun untuk awak, dan tidak rela  melihat air mata awak
saya rela sakit kerananya
saya rela telan segalanya



 

Maaflah, ini bukan entri simpati
meski saya bersua muka dan ceritakan hal sebenar
pun awak tidak mahu percaya kata-kata saya

tidak mengapa, 
saya faham
awak juga punya hak untuk memilih





Ayuh,
sebagai hamba
kita tamatkan segala sengketa
dendam lama yang terkunci itu, urailah perlahan
dosa yang terkumpul dan tak terhitung itu
kita buang bersama

saya sayang awak kerana Allah :)

 

Awak
jangan nangis ok :p
kalau sedih minta tisu dekat Haifa :)  wek !

1 comment:

Kekwa said...

aku terkedu , terbisu , membeku ...aku juga seperti kau . tatkala , kita di jauhkan Allah sebentar aku tak mampu bertinta . jika aku mula berbicara tentang aksara, aku akan ingat akan kata-kata kau . dimana aku jatuh dulu , kau kembalikan aku ke asal dimana aku berdiri . TERIMA KASIH SAHABAT . Uhibbukifillah abadan abada :) <3