# Jiwa yang tersihir #

Sunday 29 January 2012

+ jumpa adik beradik penulis di Kuala Lumpur :) +

*
*
*
hari jumaat lepas 
Wafa pergi jumpa adik beradik penulis  dekat KL :)
sangat excited sampai lupa nak tidur kih3

erm
dari Nilai wafa pergi dengan kak Mas dan Syamil Adzman
kalau nak pergi sendiri, mimpi je la







Kak Mas ni cantik + baik 
nusre gitu :)
kak Mas tanya Wafa satu soalan yang comel :)
"kalau akak tinggalkan kamu seorang diri dekat KL , boleh tak ?"
hihi , janganlah kak
*
*
ingat nak ajak Kak Naimah sekali ,
tapi beliau sibuk pula :)
hem , maka kami bertiga gagahkan kaki 
untuk ke stesyen KTM 
mereka pula terpaksa menggigihkan diri melayan Wafa
yang pertama kali belajar naik KTM  

JANGAN GELAK =,=


*
*


tangkap gambar banyak-banyak konon-konon profesional sangat
lantaran empunya diri tiada kesenian mengambil gambar
ditambah pula dengan kamera telefon yang nazak
maka terhasillah gambar yang hodoh ni huhu =,=
*
*





*
*
*
sampai je KL sentral , Syamil cakap macam ni sambil tersengih 

" mesti kau terkejutkan  ? ha... ha... "
 (amboi bukan main lagi dia memerli aku ! )
Kak Mas pula tak henti-henti menyuruh Wafa ingat jalan nak ke DBP :) orait bos !


Syamil jalan paling depan meninggalkan Wafa dan Kak Mas
termengah - mengejar wafa dan Kak Mas nak kejar *tipu
Beliau bagaikan pemandu  pelancong  kih3 :p
*
*





naik teksi sepuluh hengget :) tak pe sebab syamil yang bayar
Wafa dengan Kak Mas hanya tersenyum , kui 3
*
*
sebenarnya adik beradik kami ada 20 orang

tapi yang datang cuma 10 orang ... eh , sebelas orang sebenarnya :)
seronok sangat pergi bedah karya sebab dapat jumpa adik beradik :)
Wafa suka bedah karya !(ok, maaf terlalu excited )
*
*
*












kami pergi makan sama-sama :)
Ane! Ane ! hahaha
*
*
*
kemudian barulah BEDAH KARYA :)  :) dekat rumah Puspanita
Wafa tak sempat tangkap gambar waktu bedah karya
almaklumlah , terlalu khusyuk kih4
Wafa suka kena bedah karya sebab orang boleh hentam karya wafa :)
barulah kita tahu salah dan silap penulisan kita :)

semua ini adalah proses :)


*coach <3

Wafa ditugaskan untuk bedah karya Fathul khair @ Tinta aksara rawian kata @munsyi dewan bahasa :)

huhu , beliau ni memang hebat 
jalan cerita cerpen beliau sangat baik
ayat - ayat beliau pun sangat cantik
cikgu la katakan ...
Wafa tak jumpa pun kesalahan tatabahasa dan kosa kata dalam cerpen beliau
hem , *coach pun puji penulisan beliau
cayalah munsyi !
Wafa harap dapat kalahkan munsyi suatu hari nanti .Eh !.
Beliau komen karya Wafa sebanyak 4 mukasurat gitu ... wow!
sebelum bedah karya Abang Hafiz
sempat juga Wafa menadah ilmu tatabahasa daripada beliau 
kalau nak baca karya beliau 

*
*
*
Malam tu wafa ingatkan semua supaya baca karya wafa
terima kasih sebab sudi baca karyaku :)
dan terima kasih atas kritikan yang sangat membina ! :)
*
*
Kalau nak tahu
dalam adik beradik penulis kami ni 
Wafalah yang paling muda (eh , perasan ! )
tapi Kak Mis tetap paling cantik !
(ini jujur tau )
macam tu jugalah dengan penulisan wafa yang masih mentah huhu 
*
*
*
terima kasih juga untuk

Kak Nora yang mantap karyanya dan dengar celoteh Wafa
Kak Mas yang sabar ajar Wafa naik KTM hik3 dan belanja Wafer
Kak Mis yang dengar kisah silam Wafa dan jadi member ngumpat 
Abang Nip-nip yang lawak (teringat ayam )
Syamil yang belanja tambang teksi dan duit saguhati SPM 
Ahmad Syafie dan kawannya yang setia bedah "karya cinta" Wafa 
Fathul Khair yang ajar balik tatabahasa budak darjah satu kih3
*
*
dan semestinya para coach :)
 Kak Ijah yang temankan Wafa tak tidur malam 
serta
 Abang Hafiz yang belanja nasi lemak dengan air tea o suam :)
nak baca entry fasal coach 

Wafa tak sabar nak jumpa adik beradik yang lain bulan tiga ni  :)

P/S = lepas ni Wafa dah boleh pergi KL sendiri :) kih3

*
*
*
baiklah , wassalam










2 comments:

Dya Nadiah said...

:')

.: S.A.Y.A :. said...

hahaha...paling cantik? nak gelak guling2 kak mis baca wafa weh... hahaha... anee... jumpe nnt bln 3 ye gadis... =)