# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 13 July 2016

+ Dikejutkan Jam Empat Pagi+

Baru-baru ini saya selalu terjaga jam 4 pagi
begitu kerap sekali
Terasa sunyi sekali kerana rak buku sudah gagal saya selamatkan dan terkunci di stor asrama
Pagi-pagi begini saya akan mengulang Aan Mansyur atau Karl Agan
atau membaca apa-apa carian di google
Saya bertuah bertemu Gie sewaktu kecewa begini
Mengenal Soe Hok Gie membuatkan saya kembali
menjadi gadis berpagi-pagi ke perpustakaan
Saya terlupa makan tengahari 
kerana membaca pemikiran Baha Zain mengenai sastera di zaman moden. 

Baru-baru ini saya lekas tersinggung dengan banyak hal
seperti saya ditinggalkan ketika bercakap tentang perbualan penting
menjadi tak penting ternyata adalah hal yang menyedihkan
saya sedang belajar menerima hakikat semua itu
saya sedang belajar menerima kebenaran bahawa saya bukanlah orang yang dianggap penting.

Dalam banyak hal,
saya sekurang-kurangnya mempunyai buku dan terlupa sebuah perasaan pernah ditinggalkan.
Hidup ini terlalu laju dan tak sengaja saya tercicir dari ingatan banyak orang.
Dan untuk orang sebegini saya selalu katakan kepada mereka bahawa saya paling belajar banyak hal dari mereka.

"Seperti apa?" Tanya mereka
saya diam. Tapi dada saya berteriak ; 

seperti saya belajar merawat kesedihan saya sendiri-sendiri. 




1 comment:

Intan Saffyna said...

hi, sis datang singgah sambil follow sini :)