# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 18 May 2014

+Kaya+


kau tahu,kawan?
Rezeki itu bukan hanya datang dari wang dan kekayaan
Rezeki juga datang dari markah ujian yang bagus
Juga dengan kehadiran orang-orang disekitar kita

Dalam hidup saya
tuhan telah kurniakan saya rezeki dalam persahabatan.
Saya punya sahabat yang segalanya tentang dia,adalah tentang saya juga
Baju yang dia ada seolah-olah baju saya juga
Beg kuliah dia juga adalah seperti beg saya juga
Katil tempat tidurnya kadang dibiarkan saja saya tidur disitu
Itu belum lagi perhatian yang mereka beri untuk saya
Duit? Entah sudah berapa kali juga dia belikan saya makanan
Dan dalam keadaan ini
Telah membawa saya kembali berfikir
Apa pula yang saya berikan kepada mereka?

Mereka belum pernah meminjam baju saya
Beg kuliah juga mereka tidak pernah mahu pinjam
Mungkin kerana saya tidak pernah tanya
Saya pernah belikan makanan, itupun cuma beberapa kali
Mereka tidak pernah saya ajak untuk berziarah ke bilik.
Saya mula menyedari segala kekurangan ini
Padahal erti hidup kan pada memberi.

Saya adalah orang yang selalu menerima.
Tapi bukan memberi
Rupanya sudah lama saya bernafas dalam kekurangan ini.
Sebab kekayaan yang sebenar bukan berapa banyak yang kita ada
Tapi berapa banyak yang kita beri.

No comments: