Only Have You.
Saya menulis catatan ini pada waktu-waktu musim peperiksaan pertengahan semester.
Entahlah, beberapa hari ini
saya rasakan bahawa saya sudah kehilangan diri yang dulu
jadi saya mula mencari bahagian diri saya yang mana satu telah hilang.
Sudah tertinggal di celahan kenangan
atau tercicir di tengah perjalanan.
Saya tidak lagi menjadi positif seperti dahulu
saya gagal menemukan diri penuh cita-cita dan harapan.
saya seperti dalam buih-buih belon dan minta dipecahkan
sesudah itu saya akan terjatuh, tergolek dan menyedari hakikat kehidupan.
dengan catatan ini, saya berharap dapat menemukan bahagian diri saya yang hilang itu.
saya kerap kali berperang dengan perasaan diri sendiri
bergolak itu dan ini
sedang dalam kekalutan, kata seorang rakan,
"Solat malam jangan tinggal"
Rupanya bahagian diri yang kurang itu,
adalah menjadi orang yang ditinggalkan.
Tak mengapa,
selagi ada Tuhan ,saya yakin akan baik-baik saja
I only have You
Allah.
1 comment:
hi,singgah follow blog awak :)
Post a Comment