+Terima kasih kenangan+
Boleh saya cadangkan agar kamu mendengar apa-apa instrument semasa membaca entri ini, kawan?
waktu saya menaip ini, huruf 's' di papan kekunci Lappy kawan saya ini sukar diketuk.
saya menulis entri ini pada musim-musim peperiksaan.
iya. ini mungkin kali terakhir saya menaip di blog waktu masih di CFS
Bila saya sudah makin dewasa dan membaca kembali catatan ini
saya pasti akan teringat kenangan-kenangan di sini.
Atau anak cucu yang terjumpa catatan ini, biarlah mereka belajar tentang rasa menghargai.
waktu pun sampai ke hujung.
cuma kenangan-kenangan. Juga pengalaman yang kita bungkuskan
untuk bekalan perjalanan ... yang kitapun tak tahu apa dan bagaimana.
cuma apa yang pasti, jalan itu tak mungkin mudah.
Ada hari-hari yang hadiahkan kita tentang masa duka
dan sedikit pun kalau boleh, kita tak mahu mengingatinya
tapi rupanya, waktu sebegitulah kita belajar untuk saling menampal hati dengan andaian yang baik.
juga belajar tentang ketabahan.
kerana sudah tahu bagaimana peritnya dikhianati
atau pedihnya rasa disakiti.
Maka, kita akan belajar untuk tidak mengulanginya ke lain orang.
"Penat la aku ! aku je jaga hati orang. Tapi semua orang tak jaga hati aku. Kau cakap senanglah. Yang rasa sakit tu aku. !"
setelah kebaikan yang kita lakukan. Saya percaya Tuhan tak akan sia-siakan. Pasti ada orang. Yang Tuhan hantar untuk jaga hati kita juga. Yang mungkin kita tak perasan pun tentang kewujudannya.
rupanya rasa sakit itu telah pun dirasai oleh banyak orang
Mungkin suatu waktu, orang yang menyakiti kita akan memohon ampun
dan saat itu kita belajarlah untuk saling memaafi.
berhentilah menyakiti
sangat kelakar apabila kita masih menjaja keburukan orang yang mungkin pada masa yang sama Tuhan telah ampunkan dosa-dosa itu
dan di penghujung entri ini. Mari kita belajar untuk berterima kasih pada kenangan.
semoga bertemu lagi di lain catatan.
No comments:
Post a Comment