# Jiwa yang tersihir #

Friday 25 October 2013

+Beberapa Minit Di Kedai Kopi+


Ada banyak cerita yang saya ingin kongsikan di blog yang mungkin saya seorang saja baca ni.
Ini cerita beberapa hari sudah.


Saya mengambil kerusi.
Menikmati sebungkus nasi lemak dan teh.
Ayah duduk dihadapan saya.
Ayah memilih nasi berlauk.

Di meja hadapan kedai, saya lihat  seorang perempuan
Saya anggarkan umurnya awal 40 an.
Dia mengguli tepung.
Ayah memang orang yang ramah. Saya rasa semua penduduk kampung sudah maklum hal itu.
Mereka berbual.

"Anak nombor berapa, pak ?" perempuan itu tanya sambil senyum.
"Anak nombor 4"

"Belajar lagi? kat mana ?" kali ini mata perempuan itu memandang saya.
"Aah. belajar lagi, mak cik. UIA"  giliran saya menjawab.

"Oh bukan senang nak masuk sana. Pandai anak Apak ni" kata mak cik itu. Saya terkedu. Tiba-tiba terfikir pointer yang sederhana itu.
 Ayah senyum. kemudian berkata

"Apak memang suruh anak-anak belajar. Jangan hidup susah macam Apak. Dulu Apak tak ada ayah. Ayah lari tinggalkan kami adik beradik. Umur 12 tahun Apak merantau pergi Singapura. Cari kerja."
walaupun sudah banyak kali saya dengar cerita itu daripada mulut ayah sendiri. Berkali-kali itu jugalah saya akan bergenang. 

Kawan, sebelum kamu salah faham.
Biar saya terangkan. Di kampung saya ini, banyak orang -orang yang tidak pernah jejak kaki di Universiti
Bahkan ada antara mereka yang tidak habis pun sekolah
Ada sampai darjah 6.
Kalau menurut saya, sudah ramai sebenarnya yang berjaya ke universiti. Sudah jadi kebiasaan.
tapi situasi di kampung ini beginilah.

Saya terfikir. Mungkin ramai yang mahu meneruskan pelajaran.
Tapi sebab tiada duit. Niat itu terpaksa ditangguhkan. Atau mungkin terpaksa di padamkan.
Mak cik itu ada anak belajar di sebuah kolej Kuala Lumpur

"Apa nama kolejnya mak cik ?" giliran saya bertanya.
"Entah. Bahasa omputeh. Tak reti mak cik nak menyebutnya"
Mak cik itu senyum-senyum. Tangannya ligat menguli.

saya teringat waktu malas-malas saya di kolej. Merungut itu ini .
mengeluh dengan assignment yang renyah.
Rupanya ada banyak lagi orang yang tunggu peluang seperti saya.


Maafkan saya.
dan terima kasih , Ayah.



Every tree, every growing thing as it grows, says this truth, you harvest what you sow. 


3 comments:

wanariahamiza said...

Jangan risau kak Wafa, saya sudi baca.

Syahdu cerita akak ni. Betapa kita selalu 'terlupa' nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Walhal ramai lagi orang lain yang tidak sebertuah kita.

Semoga kita jadi anak soleh dan solehah. Amin

Wafa Awla said...

Saya perlu panggil kamu apa? wan ? terima kasih atas kunjungan. Amin moga-moga :)

wanariahamiza said...

Wan boleh, Hanif pun boleh. Ikut suka akak la. :)