# Jiwa yang tersihir #

Friday, 23 November 2012

Kepada Kamu, Sahabatku

 
 
 
Photo: Jika engkau menjumpai orang yang sudah tahu dirimu, kenal dirimu, faham aibmu dan engkau pernah tiga kali membuatnya kecewa atau marah, tetapi dia tak pernah menyebut dirimu di depan orang lain selain kebaikanmu,, maka jadikanlah dia sahabat sejati "

[Imam Ja'far as-Shadiq]


kalau nanti kamu bersiar-siar di alam maya dan terjumpa post ini tiba-tiba
 tunggu dulu dan bacalah sampai habis.
saya memang menulisnya untuk kamu, sahabatku.
Saat pertama kali kita saling bersapa dan bertukar cerita
kamu memang sudah ada dalam hati saya.
Mungkin ini ujian 
yang sama-sama mematangkan.
Salah faham dan kecil hati 
 itu terlalu picis untuk dibandingkan nilai persahabatan kita selama ini.
Saat  meminjamkan telinga dan senyum kala hiba
Saat kita tertawa dan jenaka
saat bertukar buah fikir

Saya tidak mahu berada di daerah dendam , iri, sakit hati, sahabatku.
saya keluar dari daerah itu secepatnya. 
Pun begitu, kalau kamu mahu berada lama di situ, meski telah saya cuba tarik
Saya tak mampu untuk memaksa kamu
kerana yang memiliki jiwa kamu bukan saya.

Saya masih di sini
memaafkan dan akan menerima kamu kembali seadanya
saya mahu jadi tangan yang memberi dan menjaga aib kamu selamanya
saya mahu jadi sahabat sejati kamu sampai bila-bila
                                             Jangan sangka yang jelik-jelik, sahabatku
kerana syaitan sedang bersorak menang
Jangan berdosa kerana perkara remeh ini, sahabatku.
saya tak mahu antara kita ada yang ke neraka.
 
bila kamu sudah siap untuk tinggakan daerah itu
cari saya kembali
 Saya setia menunggu di daerah baru.
dan selalu maafkan kamu, sahabatku.
 
( lekaslah keluar dari situ, rindu pada kamu yang dulu  )
______________________________________________________________
 
 
 
 Jika engkau menjumpai orang yang sudah tahu dirimu, kenal dirimu, faham aibmu dan engkau pernah tiga kali membuatnya kecewa atau marah, tetapi dia tak pernah menyebut dirimu di depan orang lain selain kebaikanmu,, maka jadikanlah dia sahabat sejati "

[Imam Ja'far as-Shadiq]
 
 

2 comments:

Aliff Haikal said...

terharunye baca entry ni :(

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Salam ziarah berutus senyuman :)

Adikku, terbaik!
Buat akak muhasabah sejenak..

Ingat pesanan kekanda Hilal, jadilah wanita solehah...haha *tetiba*