# Jiwa yang tersihir #

Thursday, 25 October 2012

+Pengakhiran Semesta 1 +

 
Bulan separa, malam ini.
tiba-tiba membangkitkan memori.
Entri ini ditulis sekitar 4:47 minit pagi.
Ah, cepat rupanya rasa rindu menjalar kalbu.
Semesta satu yang saya mula-mula mahu belajar hidup
Mula-mula hidup di universiti yang ternyata mendera.
mungkin usia  lapan belas tahun 
membuat saya seorang gadis yang sering dirusuh jiwanya.
Alhamdulillah, pensyarah saya semua terbaik.
 Rakan sekelas yang sempoi
group 815 :)
 
 
Saya gadis yang terlalu halus jiwanya.
maka saya amat menghargai dari sekecil perkara hingga sebesarnya
Permulaan hingga pengakhiran di CFS IIUM saya ada sahabat yang memahami.
 
 
Sahabat yang paling memahami gizi jiwa
Terima kasih Nabilah Aiman, Qisha, Bab, dan Cik
pertengahan semesta, Cik telah terbang ke Mesir
2 minggu terakhir Cik di kampus saya cuba mejauhkan diri dengannya
supaya saya tak terlalu terdera
malam terakhir cik di kampus. Saya menangis semahunya.
Cik, moga di bumi anbiya, kau lebih dekat dengan cinta yang Esa.
seterusnya apa yang paling mengesankan adalah kerabat persatuan sains kemanusiaan.
Kerana kalian, hidup di CFS bertambah bermakna.
di sana kita belajar makna sabar
kita diuji dengan pelbagai perkara
kita dituduh dengan pelbagai penghinaan
tapi, Allah Maha Tahu sifatnya
Allah lebih arif tentangnya
dan ujian demi ujian lebih mematangkan kita
ternyata lebih mendewasakan kita 
 
 
 
 
 
 dan
yang paling mengesankan
mestilah sahabat-sahabat geng sembang saya !
yang saya sangat merindui mereka
sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi
 Kami terdiri daripada 8 orang semuanya :)
 
 
Tentang Hilal 
(bakal ahli politik)
 
 
 
yang sangat manja rupanya dengan keluarga
kata-katanya luhur.
orangnya penyabar.
Dia yang kehadapan membantu saat-saat kecemasan peperiksaan
masih kalian ingat yang kita pulang dari LY sekitar jan 3 pagi untuk belajar? haha
jangan buat kerja last minutes ok !
Tentang Sheril
(bakal atlet negara)


 
Loghat Sabahnya yang membuat orang jatuh cinta
 orangnya cantik. Tapi Sheril tak suka makan pedas.
Sheril rajin tegur-tegur di FB
rajin tegur kalau terserempak di perpustakaan.
kalau Saufi tutup lampu, mesti dia yang paling kuat jerit dekat LY hahaha
 Kamu tulus, Sheril :)
jangan sumpit-sumpit ok !
Tentang Mirul
(Bakal Pakar Motivasi)


Mirul orangnya tenang (kadangkala tak  , hehe )
sebab dia kami semua yakin nak jawab Political Sciences , hehe
Mirul orangnya garang.
Dia selalu marah kalau Sheril tak habis makan
Dia selalu marah kalau Kodi sendawa kuat-kuat
Tapi, Mirul baik.
"Korang jalan elok-elok"
"korang, good luck exam esok"
waktu nak balik dari LY nanti dia mesti jerit dua benda ni. haha
Tentang Hani
(bakal model muslimah)

(hani yang tengah ni )
 
Tiba-tiba teringat Kodi cakap Hani ni lurus
Hani yang paling teruja nak belajar Basic History.
Hani rajin tangkap gambar
Lepas tu bubuh kat twitter.
Hani layan je perangai gila-gila kita (sebab dia pun gila kot , hahaha )
Hani adalah pakar tatarias paling berjaya di dunia
dia tahu selok belok make up ni ya tuan-tuan dan puan-puan 
Nanti saya nak Hani jadi Mak Andam waktu nikah nanti, boleh ? hahahaha
Tentang Saufi
(bakal pakar muzik)
 
 
Saufi orangnya memiliki hati seni
Dia suka muzik.
Mesti teringat baby dia tu ' Stagg'
kami selalu buli dia. Suruh dia main lagu ini la. Itu la.
maaf, selalu susahkan saufi.
Saufi kalau senyum nampak gigi macam abah kodi
kalau senyum tak nampak gigi macam ayah kodi
hahaha
Saufi antara orang yang terkenal di sekolah dulu ya tuan-tuan dan puan-puan
 
Tentang Kodi 
(Bakal Pakar Rumahtangga)
 
kodi, sangat dekat rupanya di lembayung hati
selalu buat orang tertawa
selalu buat orang bahagia
selalu tangkap gambar dan rakam guna kamera dia yang sepuluh giban tu 
dia orangnya tak pernah mengungkit
jarang marah
jarang sedih.
Dia orangnya tak berpura-pura
Hatinya tulus. 
kodi sangat memahami antara kami.
Dia kata, dia nak jadi romantis macam saya.
Tapi sebenarnya, cara dia yang selamba itu boleh menggetarkan ramai orang.
itu lebih daripada romantis :)
Tentang Syahir
(Bakal Imam Muda)
 
alahai Syahir ...
dia orangnya sensitif. Sangat sensitif.
Syahir suka ayat-ayat saya.
boleh aplikasi semasa mengayat gadis-gadis diluar sana ya pahir.
Saya dan Kodi selalu pedajal twitter dia. hahaha
Syahir orangnya pemurah. Syahir orangnya tak menipu.
Saya cuba jadi sahabat yang memahami
tapi, maaf. Mungkin kadangkala tak menjadi
saya cuma mampu buat yang terbaik.
tiba-tiba teringat malam yang saya, kodi,Mirul, dengan Hani prank dia
hahahha, itu sangat lawak. Serius.
 
Semesta satu yang indah :)  sangat indah.
Moga kita dapat keputusan cemerlang ya kawan-kawan. Amin.
 
saya masih berharap kita semua tidak akan terenggang
Meski selepas ujian itu datang 
-----------------------------------------------
Tunggu dulu, sahabatku
di depanmu ada liku
biar aku pergi dahulu
agar kau tak terkena duri-duri itu ...

Ada duka, sendu
menagislah dibahuku .

1 comment:

nuha said...

ukhwah fillah.
nice poem..:)