# Jiwa yang tersihir #

Thursday 6 September 2012

Mengenai Kuasa

 
semua orang akan lakukan apa sahaja untuk kemahuannya
mungkin kemahuannya untuk jadi orang yang dikenali
untuk jadi seseorang yang dihormati
atau mungkin untuk jadi seseorang yang berkuasa
 
kuasa?
 
 https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcS9n-VlvhHVe2gyoHga0MoKPdwt2CFunPAzDxt2C5g6JuRqmJVidg
 

kebolehan kita untuk mengubah sesuatu mengikut apa yang kita mahu adalah kuasa 
ada dua jenis kuasa yang boleh kita pilih.

-Hard Power
-Soft Power
 

contoh hard power ?

https://encrypted-tbn0.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQAOwKnr2uzdWogxja056rb87OyCSGoww5LzQkbcJclUxfJLaUF 
 
ini adalah contoh kuasa yang digunakan oleh ustazah saya 
waktu zaman sekolah rendah dekat sasapan batu minangkabau dulu
Kalau dengar je tumit kasut dia dari jauh,
kelas yang macam pasar tu akan berubah jadi kubur

Kami akan ada ayat hafazan (biasanya daripada juzuk 30)
setiap kali mula mengajar, ustazah akan semak hafalan kita
kalau siapa tak hafal, ustazah akan suruh jalan itik kat keliling kelas campur bebelan sikit
 jadi, mahu atau tidak
semua wajib hafal !

contoh Soft Power

cara ni pernah digunakan oleh cikgu saya waktu darjah 6
kata cikgu Malini,
kalau satu kelas saya dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris , dia akan belanja makan dekat Hotel
Tapi, memang tak dapatlah 
Saya pun dapat B untuk subjek Bahasa Inggeris.
Maaf ya cikgu , huhuhu

 
 
cikgu Malini (kiri) yang masih mengajar di SKSM
gambar ini dirakam beberapa minggu sebelum saya daftar masuk UIA
 
---------------------------
 
Jika saya mahu diri saya mencapai ini dan itu
lalu matlamat itu tak tercapai
maka saya belum cukup berkuasa ke atas diri sendiri
Jika kita gagal untuk  mengubah diri kita ke landasan yang lebih baik
maka kita belum cukup berkuasa.
 dan jangan pula
bila kita sudah memiliki beberapa jawatan
maka kita berasa sudah cukup berkuasa
lalu kita menyalahguna
sehingga menganiaya manusia 
 
jika kita mengharap penghargaan dan pujian daripada orang lain, percayalah
 bahawa semua itu akan makin menjauh darimu.

 
Sesungguhnya
disebalik kuasa-kuasa manusia
Allah- tetap Maha segala kuasa.

kita bukan sesiapa melainkan hamba.

No comments: