# Jiwa yang tersihir #

Monday 23 July 2012

+ Saya Belajar Daripada Silap +

 
 
Kita yang punya cerita berbeza
kerana jalan yang kita lalui amat lain
Maka saya akan punya pandangan tidak sama seperti kamu
 
Perlu saya nyatakan,
saya belajar daripada kesilapan
Dengan silap saya mengenal benar
dengan silap juga saya belajar untuk sering beringat
Jatuh dan bangun itulah, saya temui pengalaman
 
 
 
Meski saya harus bersusah untuk bangkit kembali
Dan dada saya menyesak pula
menahan tujah makian daripada kamu
Juga
Jiwa saya berdarah dan lukanya makin dalam
kerana lidah kamu
Tidak mengapa
telah saya bebat lukanya

Saya yang belajar daripada silap
Dan kamu mencemuh saya atas kesilapan itu
sedang kamu tak pernah mampir dan memberi awas


Apakah itu adil?
Apakah itu sifat orang yang berilmu

Kamu manusia yang mana ? Kamu manusia yang bagaimana ?
Atau
benarkah kamu manusia?


p/s = saya masih punya sahabat yang menghulur tangan saat jatuh. Dan, ya ! saya masih punya Tuhan.

2 comments:

nuha said...

learn from mistakes..insyaallah..:)

Wafa Awla said...

Nuha - working on it. thanks :)