# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 8 April 2012

+ Terjah dia ! +


sebab dah janji nak cerita fasal mereka dalam blog usang lagi naif ni...
maka terpaksalah saya menunaikan ( nampak sangat tak ikhlasnya ! kuang...kuang)
Tambahan pula kepala saya sudah makin condong ke kanan
lantaran menghadapi cerpen-cerpen yang memang mantap ini.
Ada cerpen yang saya terkesan dengannya.
Ada cerpen yang saya perlu taakul sedalam-dalamnya
*eh, tadi nak cerita fasal kawan. tersasul pula .. maaf



Demi meraikan Afifah Hanani ( pipo ) yang sudah memiliki lesen kereta
maka
saya dan seorang lagi rakan saya yang memiliki wajah yang mulus bagai ada kacukan cina
iaitu Hazirah atau kami gelarnya angah ... menemani Pipo bersiar-siar dengan keretanya.

(panjang tak penerangan saya tentang Angah? hihihi )

Asal kasad saya begitulah, 
kita bersiar-siar saja.
Tiba-tiba niat itu berjaya dipesongkan lantaran saya terlupa membaca doa pedinding. (ngeh3)
Maka dengan mudah saya termakan ajakan Angah dan Pipo untuk menerjah rumah kawan-kawan
(hehe, maka disinilah kejahatan bermula )
 
Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Khumai :)
gadis yang bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai seorang kakak
Selain memiliki rupa paras bagai ratu Belanda yang sesat di Malaysia,
Khumai juga pandai memasak walaupun adiknya secara jujur tidak menyukai masakannya 
( hiwhiwhiw... jahat sungguh adik awak, Khumai )


(wajah pasrah Khumai tanpa solekkan)

Saya kira , kenakalan kami sudah terhenti.
Malangnya, akibat kealpaan saya membaca doa pedinding
menyebabkan kami bertiga turun lagi 
bergabung idea dan menerjah ke rumah-rumah seterusnya

-------------------------------------------------------------------------------


Namun apabila memikirkan saya perlu 
menyambung pembacaan cerpen-cerpen saya
maka saya terpaksa cerita sedikit saja,

kawan-kawan saya sekalian :) maaf ya .
saya sediakan gambar-gambar sepanjang perjalanan kami .. ( ewah ! )




seharian meluncur di jalan raya, kami bersiar-siar di pasaraya  :)
(walaupun fulus hanya cukup untuk tambang bas )




Saya pecinta buku, maka mereka harus setuju jika saya mahu berjumpa kekasih saya ..hehe


maka dengan ini
saya ingin memohon maaf kepada kawan-kawan 
yang telah kami terjah rumahnya.
Tidak cukup dengan itu...kami telah menculik beberapa individu
bagi menjalankan projek kami ini

-Hanin
-Akem
-Adib
 dan lain-lain 





Inilah wajah kaki terjah yang digeruni 
walaupun molek memakai baju kurung
dan sopan duduk diatas kerusi pengantin ... hehehe
jangan terpedaya dengan luaran !


baiklah, wasalam :)

Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu

T.Alias Talib

No comments: