# Jiwa yang tersihir #

Wednesday 18 April 2012

+ Dik, Megapa Saya ada di dalam kamu? +


Meski hujan di pertengahan jalan menuju ke TASKI,
 Namun tidak merubah fikiran saya untuk  meneruskan perjalanan
Naik motor memang seronok
angin seolah olah bersaing dengan saya ..HAHA.
dan angin tersebut sentiasa kalah .





TASKI Raudhah ini macam rumah.
Ruang tamu khusus untuk darjah 1
Ruang tengah untuk darjah 2
manakala yang selebihnya belajar dalam bilik.

saya ditugaskan untuk ajar budak darjah 2 ^_^
nakal bukan main
Tapi, baiknya tetap ada



amboi
adik yang seorang ni bukan main awal lagi  sampai
diam saja
suka tengok beg Angry Bird dia
Zaman saya dulu beg Doraemon tau !
ehehe






Amboi, mereka semua ni memang nakal
waktu ni mereka baru selesai ambil Wuduk untuk solat Asar
kalau Kak Wafa tak datang tengok
siap main air mereka agaknya
Cubit baru tahu ! (garang ni ... eheh )



ni dia pelajar perempuan
mereka tak ramai, lelaki dominan tau !
sebab tu bising bukan main TASKI tu
tunggu Kak Wafa jerit sampai suara serak basak ala Ella baru mahu senyap agaknya
lepas tu bolehlah suruh saya nyanyi lagu Rama-Rama..eheh.


amboi
yang seorang tu bukan main teruja lagi jawab soalah ustazah Fatimah.

"Siapa tahu bawang ada berapa lapisan?" Soal Ustazah Fatimah
"Dua"
"Enam"
"kau orang semua salah, jawapannya sembilan !"
kemudian ustazah Fatimah berkata:
"sebenarnya bawang ada tujuh lapisan"
saya lihat muka budak itu memerah .. 
ada-ada saja kamu ni .


khusyuk bukan main mereka dengar pengisian ustazah Fatimah
kalau dengar pengisian Kak Wafa,
alamatnya kamu semua nyanyi saja la dik
silap-silap ada juga yang berjoget karang.Eheh.



Hari ini Firdaus jadi imam
nyaring suaranya
Cuma doanya bukan main laju lagi
Dik,
hayati makna doa itu
Moga kamu bisa menangis kerana doa itu suatu masa nanti



Sejuk hati tengok mereka solat
Walaupun masih ada yang tak mahu pandang tempat sujud
Meski ada yang merajuk sebab Kak Wafa suruh solat dalam saf
panas katanya solat ikut saf ni.
Dik,
moga kamu bisa faham makna persaudaraan suatu masa nanti
ala... yang merajuk bagai tu
hulur saja choki,senyaplah mereka
dah tak muncung lagi bibir mungkil tu ..eheh.
saya dah faham sangat, sebab tu dah siapkan senjata awal-awal


Lepas makan memang kena cuci pinggan sendiri ya
Dekat sini tak ada pinggan pakai buang
cuma ada seorang pelajar sangat rajin

"wei, kau orang letak saja dekat singki ni, nanti aku basuh!
aku suka basuh pinggan ni "
amboi, moga keakhirnya kamu begitu ya dik :)


Dik,
hargailah masa kecilmu
kerana saya rindu 
untuk jadi seperti kamu






2 comments:

Aliff Haikal said...

ya Allah , tersentuh tengok dorang solat :")

mendidik sejak dr kecil semoga hinngaa kebesar amin

Hidayah Latif said...

Tw takpe ,,teringt blik zmn kanak2 ,,mse tdika bOleh lak sorokkn kasut bebudak,guntg rmbut org,haha,haisy~one day na pegi tdika ny,=)