+ wafaawla.blogspot +
"Saya yang sederhana. Begitu sahaja"
# Jiwa yang tersihir #
Wednesday, 8 February 2012
aku dan bayang-bayang gelap yang mengejarku ...
*
*
*
Kalau dia datang semula mencariku
jangan kau lupa sampaikan pesanku
dengan kata-kata
aku kematian jiwa
i
sepanjang perjalanan ku
langkah demi langkah
tak pernah ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui
air mata dan duka
AKU
kerna kau hanya lihat aku ketawa
lalu
lewat hampar langit
aku panahkan semua rasa
seluruh rahsia terkumpul disana
di langit aku temui awan
di langit aku temui bintang
di langit aku temui pelangi
di langit aku kenal makna tenang
dan
sekurang-kurangnya ada bukan untuk menyakiti
di penghujung kenangan
baru aku temui rindu~
bayang-bayang gelap itu mengejarku
beyang-bayang itu membuat
memori antara kita berulang
*
*
*
setelah semua pura-pura kau 'hadiahkan'
kini
kau aku maafkan
aku gembira mengenalimu , tapi aku tak bahagia
*
*
*
kalau dia datang kepadamu
jangan lupa sampaikan semua itu
namun kalau dia tidak datang bertanya
maknanya aku sudah tiada dalam hatinya~
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment