yuhu...yuhu...
Assalamualaikum semua..
ha... kali ni entry aku baik punya . Kepada kamu Hawa . Sila baca sampai habis {kalu nak la}
dalam dunia ni kita akan jumpa macam- macam jenis lelaki . Ada yang baik , alim , pandai , kacak. Dan ada juga yang syaitan , jantan , pengkhianat , pendusta .
Aku nak nasihatkan diri aku juga :
1- sebagai kaum Hawa yang baik , jangan sesekali u all pecaya pada lelaki. Walau sebaik mana pun .
ye la... kita ni kalu dia dah buat baik sikit , cakap sopan gitu ... ha, mulalah ... melting
2- Kenal pasti siapa dia sebenarnya . Kadang tu .. depan kita kemain lagi cover memanjang . Kat belakang ... tui .Pijak semut pun tak mati ..pigi da!
3-Jangan terpengaruh ...macam sama je isi dengan yang no 2 ..ah tibai je la... kalau laki ni cakap apa pun , dok merayu memohon yang bukan - bukan kau tinggalkan je dia tu .
4- Jangan mudah bagi muka . Kalu dia dok main kayu 18 ngan kau , takkan nak terima je . Sesekali , kau sumbat terompah merah dalam mulut dia . Payah bona nak setia .
5Yang terakhir , tengok camne dia layan emak dia . Kalu layan mak macam penyapu... hati-hatilah . kalau takde mak ? alahai ... camne dia layan orang tua la .
jangan pandang pada luaran . Nilai yang didalam . Kalu dia tidak mampu mencintai Tuhan . Aku sangat yakin , dia juga tidak mampu menyayangi kita .
Jangan cari lelaki yang korang hope kat JJ,teminal,surau. Tapi carilah dalam istiharahmu
No comments:
Post a Comment