# Jiwa yang tersihir #

Sunday, 18 October 2015

+ Mi, Untuk Sebuah Entri +




Mi, duduklah.
memang kali ini aku menulis untuk engkau.
 Engkau tidak payah memikirkan bagaimana cara membalas. Kerana aku janggal menerima. 
Aku tidak sengaja singgah di tulisan engkau pagi tadi dan kau berrcakap tentang hujan. 
Maka aku pun menjadi tidak sengaja menulis ini kepada engkau. 
Tiba-tiba aku merasakan hidup ini aneh dan misteri kerana kita berkali-kali berada dalam keadaan yang 'kadang-kadang' sebenarnya adalah 'selalu'
atau 'Tidak Sengaja' sebenarnya ' Tahu'

Mi, pernahkah engkau mendengar cerita tentang perempuan di dalam hujan?
Ada seorang perempuan yang bermain silang kata. Katanya itu adalah cara menajamkan minda.
Engkau jangan mudah terpedaya. 
Itu sebenarnya adalah caranya menghabiskan banyak masa.
Silang kata itu bukanlah terlalu sukar
Sekadar menyelesaikan perkataan.
Sekali jeling kau sudah tahu jawapan
Satu hal yang aneh adalah, 
Dia cuma akan bermain permainan itu waktu hujan sedang turun.
Dan berhenti ketika hujan mereda. 

Suatu hari, waktu hujan sudah mahu menipis,
dia tidak menyelesaikan silang kata
lebih tepat, bukan dia tidak menyelesaikan silang kata tetapi ada satu huruf yang tertinggal dan dia tak dapat menyempurnakannya.
Lalu dia  duduk mengadap cermin kaca
kecewa
Merenung ke dalam hujan  dan aku menegurnya
(Iya, kerana manusia mudah tertarik hal-hal yang terlihat aneh padanya)

"Bagaimana silang kata mu, kak?"
"Aneh, satu huruf hilang dan tak dapat aku sempurnakan" Katanya.
Tiba-tiba dia mengemas barang dan buru-buru keluar
"Mahu kemana, kak?" Aku menjerit padanya 
"Mencari huruf yang hilang!" Laungnya
"Dimana? mahu bantuan?" Aku acah-acah bertanya

"Mungkin huruf itu di dalam hujan. Tak usah! sebab ada hal yang perlu kita sempurnakan sendirian"


Dan dia pun menghilang. Aku kira dia sudah pulang. 



No comments: