# Jiwa yang tersihir #

Saturday, 5 September 2015

+ Topeng +


Terdapat sebuah negeri yang tak tercatat di peta
Di dalam negeri itu
Ada seorang gadis ditertawakan
kerana dia tak memakai topeng di mukanya
dia disisihkan
kerana menjadi tak serupa dengan orang di sekelilingnya
Menjadi diri sendiri adalah dosa paling besar di daerah ini
Lalu gadis  ini bersembunyi di tempat rahsianya
sebuah perpustakaan bawah tanah terbina dari akar pokok yang berselirat.


Tidak lama selepas itu,
Ada seorang lelaki dari negeri lain
membawa perutusan untuk negeri itu.
Kudanya tiba-tiba meringkik sebelum langsung meninggalkan lelaki itu yang
terjatuh berguling tak sengaja masuk ke perpustakaan 
milik gadis itu.

"Jangan bunuh saya, saya tidak memakai topeng"
Rayu gadis itu. Dia gementar.

"Tidak. Tidak maksud saya begitu. Tak perlu memakai topeng. 
Kamu sudah cantik begini "
 Kata lelaki itu.

"Bolehkah saya hidup tanpa apa-apa topeng" Gadis itu meminta kepastian.

"Silakan. Itu cuma undang-undang tahyul. Saya kesini untuk menyampaikan pesan pembatalan tradisi kewajipan memakai topeng ini"

Gadis itu menangis kegembiraan. 

"Sekarang kamu bebas keluar dengan wajah kamu sendiri. Kita gelarnya; kejujuran"
Kata lelaki itu mengakhiri perbualan.





No comments: