# Jiwa yang tersihir #

Tuesday, 14 October 2014

+Tentang Bodoh -Bodoh +



Saya mengalami konflik untuk meletakkan tajuk entri kali kini. 
Tidak mengapakah tajuk kali ini lebih 'menangkap' sedikit?

Sepatutnya saya menaip entri ini semalam. Tapi kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menaipnya, maka saya teragak-agak. Sebenarnya sekarang ini pun, saya masih begitu juga. Tapi mari kita bedal saja. 

Di kelas Dr Israr semalam, saya seperti dibukakan pintu baru. Saya seperti melihat hakikat baru, oh silap. Tidaklah baru mana, cuma saya sahaja yang baru membuka mata untuk memandangnya.

Jahiliyyah. 
Dengan hanya perkataan ini saja saya akan terus terbayang sejarah lampau menceritakan bagaimana kurangnya moraliti masyarakat Arab. 
Saya tidak akan bercakap dari segala aspek seperti yang Dr Israr ceritakan di kelas.  Cukuplah sekadar menjentik perasaan.

Untuk membincangkan Jahiliyah, saya tidak suka bermula dengan definisi. Definisi jahiliyyah boleh jumpa di google. Saya lebih cenderung membawa ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah, kemudian kita sama-sama membina definisi sendiri. 
Bolehlah begitu?


Seperti awal-awal tadi, saya tidak mampu untuk bercerita dari kesemua aspek dalam satu entri. 
Mari kita bercakap dari sisi 
Social disintegration.

Kawan, yang menjadikan sesuatu masyarakat itu ialah 'masyarakat' , adalah apabila ada satu komunikasi berkesan. Masyarakatnya saling berhubung. Arab Jahiliyyah menunjukkan bagaimana penduduknya dipisahkan dengan strata/ pangkat dalam perhubungan. Mereka dibahagikan dengan 4 tahap. 
Terpaling bawah adalah hamba. Mereka hanya boleh mengabdikan diri kepada tuannya. Sekiranya mahu merdeka, mereka perlu membayar sejumlah wang. 

Kawan, bagaimana seseorang yang tidak punya wang, diminta pula untuk membayar sejumlah wang yang besar? bukankah itu bermakna hamba hanya akan kekal menjadi hamba. Hamba ini pula tidak dibenarkan untuk berbinti atau diletakkan nama keluarganya melainkan nama tuanya. 
-Fulan maulana hasyim. 
-Fulan hamba kepada maulana hasyim.

Arab Jahiliyah meletakkan kedudukan wanita adalah sama seperti hamba-hamba ini. Mereka dilacurkan. Ada yang berkahwin tetapi tiada hak untuk bersuara. Mereka seperti orang gaji melayan suami. Suami bebas untuk berkahwin sesuka hati. 

Cukup ini dahulu, kawan. 
Sekarang mari kita bersiar-siar di dada akhbar hari ini. 
Kita masih berada dalam kelompok yang tidak berhubung, bukan? Siapa jiran di sebelah rumah kita? atau siapa jiran di sebelah bilik kita? Hingga jirannya mati pun dia tidak sedar. Masing-masing ada hidup sendiri. Sakit dia tiada kena mengena dengan kita.Begitulah ibaratnya. 

Berapa ramai pula elitis yang tidak sudi berbagi harta dengan kurang upaya. Padahal kemiskinan yang tidak memberi peluang mereka menikmati alam universiti seterusnya  mematikan harapan mereka memiliki kehidupan yang lebih baik.

Bagaimana pula dengan kes pelacuran,kawan? Atau hari tanpa bra. upload gambar tanpa baju dengan megah. Mereka kata ini kebebasan, kawan. 
Fikirlah semula, adakah ini sebenar kebebasan yang kita mahukan? atau sebenarnya kita sedang menjadi bahan eksploitasi tanpa sedar?
 
Cukup ini dahulu, kawan.
Kalau masalah yang berlingkar ini tetap sama situasinya dengan zaman Arab dahulu. Kemudian Allah hantarkan baginda mengubah segalanya. Bagaimana kita boleh kata ajaran Nabi itu sudah tidak relevan dan lapuk.

Lalu fahaman apa yang diangkap relevan dan moden?
Fahaman yang meminta gadis-gadis berbogel di jalanan atas alasan kebebasan. Begitu? 




No comments: