# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 27 November 2013

+Catatan Tanpa Tajuk +




menginjak usia semacam hari ini sebenarnya ,
sangat membuat saya berasa gelisah dan kadang menjadikan senyuman tak lama.
Banyak tanggungjawab yang minta disegerakan
Ada banyak hal yang membuat saya sedar bahawa kehidupan adalah tentang perjuangan
masa muda adalah waktunya bercita-cita
masa muda adalah saatnya mempunyai banyak impian


satu hal yang membuat saya gelisah
hingga ada kala seperti mahu menangis apabila mengenangkan bagaimana
keadaan saya bepuluh tahun akan datang semasa membaca entri ini kembali
adakah saya si tua yang hanya mampu menyesal dengan masa mudanya?


ternyata, saya sendiri perlu lekas matang
hidup ini bukanlah sesempit cinta dua darjat, deretan drama korea yang ditonton , tentang artis mana paling tinggi kos majlis kahwinnya juga bukan tentang menangis ditinggalkan kekasih
saya sendiri dalam diam 
tersangat malu dengan usia sebegini masih meminta  wang ibu dan ayah.
Apalagi kalau wang itu dibelanja pada jalan yang bukan sepatutnya
saya memikirnya perjalanan adik-beradik saya.
Bagaimana agaknya keadaan mereka bila menginjak kaki ke universiti?
universiti manakah mereka akan pergi agaknya?
pada masyarakat, bakti semacam apa yang saya mampu berikan?
pada agama, apa sangatlah yang sudah diberikan. Bagaimana pula nilaian di sisi Tuhan?
hitungan-hitungan semacam inilah membuat saya sebak kadangkala.


Saya mahu jadi seseorang yang ada impian
walaupun dikatakan aneh dilihat sendiri membaca buku puisi,
atau gadis yang membosankan mencintai tumbuhan dan diskusi
Maafkan saya kerana saya tak mampu bercakap panjang tentang fesyen tudung terkini, lagu hits tanah air ataupun tentang calon teman lelaki.


Dalam mengumpul pengalaman,
ada saatnya saya melukakan,menyakiti dan melakukan seribu macam kesalahan
dan saya belajar melaluinya.
Saya rupanya orang yang sederhana serba serbi dan tak punya banyak hal untuk dibangga.
saya mengangumi mereka yang berada si sekeliling saya.
 Kerana saya orang yang akan menghargai walaupun hal-hal kecil
saya yakin, mereka mampu buat lebih baik daripada saya.


dan terima kasih untuk segala tanggapan terhadap saya,
maafkan saya jika rupanya saya bukanlah sesiapa seperti apa yang kamu dan kamu sangka.

1 comment:

wanariahamiza said...

Terkesan saya membaca entri akak ni. Banyak yang boleh dipantulkan kepada diri sendiri.

Peringatan buat kita semua. Terima kasih. :)