# Jiwa yang tersihir #

Wednesday, 3 April 2013

+Kelas Jam Sebelas +

 
 
 
 
Saya baru selesai pulang dari menghadiri kelas Introduction of  IRK yang bermula jam sebelas pagi tadi
Topik akidah dan ilmu kalam yang dibincangkan pada hari ini sangat menarik.
atau sebetulnya
saya tertarik dan mencintai cara madam yang mengajar serta memberi penjelasan.

Topik ini menyentuh pelbagai pemahaman
Kami belajar mengenai beberapa fahaman seperti Syiah, Mu'tazilah, dan lain-lain
Beliau juga menjelaskan pada kami bagaimana pepecahan umat dalam sejarah ini boleh berlaku.
Dengan penuh semangat madam jelaskan mengenai fitnah yang tersebar 
Ali difitnah membunuh Uthman dan mengakibatkan perang. 
Hingga Aishah pun termakan dengan kata itu dan memerangi Ali. Maka Allah ingatkan kembali sabda nabi yang pernah diucapkan kepada Aishah. Lalu Aishah pun berundur.
 
 penghianatan berlaku demi melantik Muawiyah sebagai khalifah 
namun  masyarakat pimpinan Muawiyah terbahagi kepada dua iaitu 
 golongan ulamak- Hassan Al Basri
dan golongan kerajaan yang tidak berpegang teguh pada Syariah


Di penghujung kelas, saya bertemu madam dengan membawa konklusi peribadi. 
"Madam, ummah kita berpecah hanya kerana fitnah"

Madam tersenyum. Beliau memang begitu. Nyata menenangkan.
"Iya wafa, Tapi kamu harus fikir lebih dalam. Apa yang mendepani fitnah itu?"

saya bungkam. Menggeleng. Saya tiada jawapan lain waktu itu.

"Politik.Kamu perlu tahu pentingnya politik dan bukan sesuatu yang jijik"
 
"kuasa"
 
dan madam tersenyum lagi.

1 comment:

A. Muziru Idham said...

Machiavelli telah berjaya membasuh pemikiran masyarakat dengan menganggap bahawa politik adalah sesuatu yang kotor. Hasilnya, pemerintah dapat melakukan korupsi secara terbuka dan masyarakat hanya mampu berkata, "Biasalah. Politik memang begitu." Akhirnya, masyarakat tidak lagi ambil peduli dan pemerintah terus menjadi kuku besi.