# Jiwa yang tersihir #

Saturday 23 March 2013

+ dan saya merindunya +

 
Pada jam tiga pagi begini
saya masih tercari-cari apa yang ingin saya kongsikan di blog yang tak berpenghuni ini
oh ya, belakangan ini
selalunya selepas pulang dari kutubkhanah sekitar jam 5 petang
selalu nampak kanak-kanak yang belajar di masjid pulang dari pengajian
sebahagiannya anak pensyarah yang lari-lari sebab seronok  pulang dari sekolah.
 
 
teringat zaman anak-kanak saya juga begitu
paling seronok sebab loceng dah berbunyi dan lari-lari merentasi padang
 dan singgah di kedai berhampiran semata-mata nak beli ais krim atau asam.
Kemudian main kejar-kejar
atau main buaian dekat depan sekolah sementara tunggu pak cik van sampai.
Zaman yang tak perlu fikir tentang tanggungjawab, tentang kewangan, tentang konflik
rindu untuk buka cermin van dan keluarkan kepada di tingkap
merasa deru angin yang damai
keliling kawasan kampung yang terteram
 
dan saya merindunya.
 
 
 
 
 

No comments: