# Jiwa yang tersihir #

Friday 11 January 2013

+Kalam Pertama +

 
 
Saya tidak tahu mahu mulakan entri kali ini bagaimana.
(Oh ya, saya memang selalu ada masalah untuk memulakan entri )
saya harap belum cukup terlambat untuk menulis entri ini.
kehadiran saya ke Melaka  beberapa bulan lepas untuk menghadiri Perhimpunan Alumni MPR menemukan saya dengan sesuatu yang lebih mengujakan.
(nampak tak saya lambat update blog ? )
Sangat mengejutkan apabila buku antologi cerpen dan puisi sewaktu bengkel 
telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 
 
Tuan-tuan dan puan-puan
perkenalkan
 
Kalam Pertama
kalam pertama terhasil daripada gabungan karya mantan peserta Minggu Penulis Remaja tahun 2011
ada dua bahagian iaitu cerpen dan puisi
saya berkira-kira judul buku ini Kalam Pertama ada kaitannya dengan Kalam Selat Melaka -
iaitu nama batch kami
karya dalam buku ini punya banyak kenangan 
saat permulannya mata pena pertama di bumi Melaka
Tahniah kepada semua penyumbang karya !


gambar kenangan bersama-sama ahli Kalam Selat Melaka  yang berkesempatan hadir di Majlis Pelancaran
terima kasih kepada Tuan penggawa yang kena paksa untuk tangkap gambar saya yang satu ini muehehe



Terima kasih kepada pengarah dewan bahasa dan Dato Johan Jaafar yang sudi merasmikan buku ini.
Terima kasih juga kepada Berita Harian yang telah melaporkan di dada akhbar.




betapa, inilah bukti yang kita pernah hidup dalam arena ini dan tak akan semudahnya mati, kawan
selamat menulis semuanya !
dapatkan Kalam Pertama dan selamat membaca 




1 comment:

HAFIZ LATIFF said...

Tahniah atas kelahiran Kalam Pertama. =)