# Jiwa yang tersihir #

Sunday 5 August 2012

+ Iftar paling harmoni abad ini +


pergh ! tajuk entry nak gempak la konon-konon
ok, begini kisahnya ...
sejak kami menjadi ahli keluarga kira-kira sebulan lepas
agenda demi agenda telahpun diaturkan
Iftar dengan anak yatim ini boleh saya katakan sebagai  program pertama kami
perasaan cemas, teruja bercampur gaul dengan sebati dalam diri semua ahli commitee
sampai ada yang terpengsan dan tak tidur malam

sebelum pergi, sempat juga Hilal (pengerusi) beri penerangan sikit
apa yang boleh buat
apa yang macam tak patut buat 
semestinya, keselesaan "adik adik undangan" adalah keutamaan kami, ewah !

maka bermulalah tugas para commitee secara sistematik, 
tak kiralah RCC atau HSSS 
masing-masing macam dah tercantum semangat untuk bikin program ni jadi lebih gempak
kami sedaya upaya beri layanan kelas pertama mengalahkan mana-mana hotel terkemuka di dunia
biar mereka rasa harmoni je tengok muka suci budak UIA ,haha
kau ada ? muehehe 



memang mula-mula program itu, ada sedikit masalah
tapi, semua boleh settle (sambil buat gaya vice president )
agak macam sayu bila tengok adik- adik yang baru umur 4 tahun dah hilang ibu ayah
ada yang sampai tak bercakap langsung
ada yang hari-hari nak pergi jalan raya, trauma mungkin .
biasanya kehilangan akan dirasai
apabila kita mula menghargai dan memerlukan

berlipat ganda pahala  mereka yang berusaha jaga semua anak yatim ni
harapnya, kami para commitee akan terkena tempias hujan pahala itu.


(khadijah dengan adik undangannya )


semacam ada suatu benang rahsia yang mengikat hati-hati kami
meski sebentar cuma kami bersama
sangat sebak bila hantar adik-adik  Rumah Harmoni naik bas untuk pulang
kami melambai-lambai bukan tanda selamat tinggal
tapi, itu adalah tanda
"selamat berjuang !"

tak hairanlah jika mereka turut merasakan kesedihan
dan meminta kami untuk datang ke kediaman mereka waktu itu juga


tapi, saya secara peribadi
melihat sesuatu yang lebih besar daripada itu
tentang ukhuwah yang mula erat antara kami - para commitee
saling bantu membantu
lengkap melengkapi
sesekali bergurau
sesekali beremosi syahdu



kita yang mula merasai manisnya perpaduan dalam persatuan
terngiang-ngiang suara kita bernyanyi riang lagu raya semasa perjalanan pulang ke UIA
menyanyikan lagu selamat hari lahir 
jangan tanya kenapa langit tiba-tiba nampak mendung

terima kasih untuk semua ! kalian memang terbaik
oh ya, adviser kami ada datang kepada saya dan berkata

" Program  ni memang BEST ! "


--------------------------------------------------------
hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput
nanti dulu, biarkan aku sejenak terbaring di sini
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi
  
                                                                     -sapardi, Hatiku Selembar Daun-

No comments: