Benarkah Sudah Pergi ?
TERKOCOH ! bergegas dia berlari padaku. Lihat wajahnya saja aku sudah kacau."Mana payungmu?" Dia menggoyangkan tubuhku. Meminta aku menjawab secepatnya."Ish ! lepaskan ... harta aku, mengapa kau sibuk-sibuk mahu tahu?" Aku mendengus. Sambung membelek buku nota kecintaan ku." Mengapa kau duduk disini? Kelas tadi mengapa tidak pergi?" Dia merampas buku ku. Menghempas ke bawah."Cis, syaitan apa yang merasuk kau !" Amuk aku. Namun dia malah mendakapku. Menepuk belakangku."Sudahlah kawan... dia sudah tiada.Kembalilah dalam realitimu." Sambungnya. Aku masih disitu. Bungkam.Ada air mata mula menganak dan pecah.Mataku hinggap pada buku nota yang terbuka di lantai.Rupanya segala tentang dia ada aku coretkan...
Dia adalah payungSelalu ada bila sepi memautkuSering bersama kala duka mendakapkutatkala hujan menujah...Dialah payung itu ! melindungi dengan cintamemayungku dengan setia ...
"Dia sudah pergi? terasa pantas amat bukan ? " Akhirnya aku mengakui kehilangannya."Benar, dia sudah tiada, Wafa"
sedang belajar hidup tanpa kamu ...
+ wafa awla +
No comments:
Post a Comment