lupa pula nak sambung cerita ni...
lepas tu , Nabiha duduk atas katil dalam biliknya . Kepalanya ligat memikirkan baju yang hendak dipakai semasa menghadiri parti itu .
"Kenapa resah semacam sahaja ni " Ibunya menegur.Kemudian mengambil tempat bersebelahan Biha.
"Biha tengah fikir nak pakai baju apa . "
"Pakai sahajalah baju kurung tu "Ibu menunjukkan baju kurung yang tergantung di birai katil .
"Bu , itu parti hari lahir , bukan kenduri doa selamat . Tak kan nak pakai baju macam tu " Biha tunduk . Bukan niatnya mahu melukai hati ibu .
"Apa salahnya . Barulah lain dari yang lain " Akhirnya Biha akur . Sebelum kakinya melangkah pergi . Puan Nora memberikan sebuah gelang yang sangat cantik.
"gelang siapa ni Ibu ? "
" ini gelang pusaka keturunan keluarga kita . Jaga baik baik tau . Jangan pulang lewat sangat . "
Maka bermulalah perjalanan Biha menuju rumah banglo paling besar di kampung itu .
* * * *
No comments:
Post a Comment